Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Wednesday 1 February 2012

Bekas Orang Kuat PKR tubuh Kelab Penyokong UMNO.

                                            Bekas Timbalan AMK En Jaya Ramba
BELIAU MERUPAKAN SEORANG PENULIS TERKENAL. SILA LAYARI BLOG BELIAU. Jayaramba.blogspot.com

MIRI: Salah seorang bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini sedang dalam usaha membantu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini, sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh parti itu (UMNO).

Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jaya Ramba yang telah meletak jawatan secara rasmi dalam parti pembangkang itu pada 5 Januari lalu dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa beliau kini masih belum menyokong mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

Namun di peringkat pusat, Jaya memberitahu beliau telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri, berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat terutama pengundi terhadap parti itu di utara negeri ini.

“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

“Namun saya mengakui ada menerima tawaran daripada parti komponen BN namun belum mempertimbangkannya.

“Bagaimanapun buat masa ini saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri yang dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau memberitahu, sudah mempunyai senarai 3,000 nama untuk menjadi ahli Kelab Penyokong UMNO Miri dan jumlah itu dijangka meningkat apabila kelab berkenaan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Mengenai peletakan jawatannya dalam PKR, Jaya memberitahu, beliau telah hilang kepercayaan terhadap parti itu dan kepimpinannya.

Malah katanya, beliau amat kesal kerana parti itu dan pemimpinnya ‘sangat’ meragui kehadiran beliau dalam parti yang dipergunakan semata-mata sebagai agenda politik pihak-pihak tertentu memperolehi sokongan semata-mata bagi memenangi parti.

“Saya tidak mahu berjuang atas kepentingan seorang pemimpin yang bersalah. Saya tidak mahu berjuang dalam parti yang banyak mengucar-kacirkan ketenteraman negara dan saya tidak mahu menjadikan masyarakat berbilang kaum berpecah-belah,” tambah beliau.

Jaya memberitahu, beliau juga berhasrat untuk membongkar niat jahat dan mengungkaikan strategi kotor parti itu pada pilihan raya akan datang.

“Dengan ini juga saya sanggup membawa ratusan penyokong PKR menyertai parti pemerintah di Sarawak,” katanya.





.