Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Tuesday 17 May 2011

James Masing ..DCM..?? SELEPAS PERISTIWA Ming Court 1987..??

 
Selepas menyaksikan kemenangan 8 kerusi daripada 9 kerusi DUN yang dipertandingkan untuk Party Rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 yang lepas, Ini telah menunjukan bahawa sokongan kaum Dayak terhadap Barisan National masih kuat menerusi Dayak Base Party iaitu BN-PRS. 

Malah kemenangan di 8 kerusi DUN tersebut menjadikan Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan party yang kedua mendapat kerusi DUN terbanyak selepas PBB 

Oleh itu untuk menghormati sumbangan PRS terhadap Barisan National maka Jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang oleh George Chan (SUPP) sebelum ini harus diberi kepada Dato Sri Dr James Jemut Masing (PRS) memandangkan Geroge Chan telah tewas pada PRN 10 yang lepas, malah parti SUPP yang mewakili kaum Cina di Sarawak telah tewas dengan teruk apabila hanya 2 orang sahaja wakil rakyat kaum cina dari Barisan National yang menang. ( 15 kerusi yang dipertandingkan untuk Party SUPP merupakan majority kaum cina dan calon juga daripada kaum cina ).

Maka dengan itu TIADA SEBAB kenapa Dato Sri Dr James Jemut Masing tidak boleh menjadi Timbalan Ketua Menteri.?

Untuk menguatkan lagi KENAPA James Masing mesti menjadi Timbalan Ketua Menteri ialah kerana semenjak tahun 1987 iaitu selepas Datuk Sri Dainel Tajem, kuota Timbalan Ketua Menteri dari Party SNAP iaitu party yang mewakili kaum Dayak tidak pernah di isi sehingga sekarang. ( Datuk Patinggi Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili Party PESAKA ).



KEWUJUD TAN - TIMBALAN KETUA MENTERI DARI DAYAK BASE PARTY.

APABILA PARTY SNAP KEMBALI MENYERTAI BARISAN NATIONAL PADA TAHUN 1976 DATUK DUNSTAN ENDAWIE TELAH DILANTIK MENJADI TIMBALAN KETUA MENTERI ( mewakili Party SNAP ), Datuk Patinggi Alfred Jabu TIMBALAN KETUA MENTERI (mewakili Parti PESAKA) dan Seorang lagi TIMBALAN KETUA MENTERI ( mewakili party SUPP). Ketua Menteri ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub bapa saudara kepada Taib Mahmud.

APABILA DATUK DUNSTAN ENDAWIE TELAH DILANTIK MENJADI Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Datuk Sri Daniel Tajem telah mengantikan beliau untuk memegang Jawatan Timbalan Ketua Menteri SEHINGGALAH PERISTIWA Ming Court pada tahun 1987.

SELEPAS PERISTIWA Ming Court pada tahun 1987 TIMBALAN KETUA MENTERI IALAH TAN SRI DATUK ALFRED JABU (PESAKA ) DAN TAN SRI WONG SOON KAI (SUPP). PADA Pilihan raya Negeri tahun 1996 WONG SOON KAI telah tewas dan GEORGE CHAN DILANTIK MENJADI TIMBALAN KETUA MENTERI yang mewakili Party SUPP.


KUOTA TIMBALAN KETUA MENTERI DARI DAYAK BASE PARTY,

Kuota Timbalan Ketua Menteri dari Dayak Base party tidak dapat di isi semenjak 1987, kerana mungkin sukar untuk Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melantik Timbalan Ketua Menteri dari Party yang mewakili kaum Dayak kerana perpecahan dalam SNAP sehingga menyebabkan penubuhan PBDS, kedua-dua party SNAP dan PBDS merupakan Dayak Base party.

Krisis dalaman SNAP pula telah menyebabkan ROS menggantung Pendaftaraan SNAP dan lahirlah SPDP. Berlaku juga krisis dalam kepimpinan PBDS menyebabkan terkuburnya PBDS dan lahir pula PRS. Diantara SPDP & PRS masing-masing merupakan Dayak Base Party. Pekara ini juga menyukarkan Taib Mahmud untuk melantik Timbalan Ketua Menteri dari Party yang mewakili kaum Dayak.

Keputusan Pilihan raya Negeri ke 10 yang lepas PASTI AKAN MENYELESAIKAN kemelut yang berlarutan semenjak dari tahun 1987 apabila Dayak Base Party iaitu PRS yang diketuai Presiden Dato Sri Dr James Jemut Masing menjadi party kedua terbanyak mendapat kerusi DUN Sarawak. ( Kalau dibandingkan dengan SPDP semua wakil Rakyat PRS iaitu 14 orang YB ADUN & PARLIMEN adalah dari kaum Dayak iaitu Iban, Bidayuh dan Orang ULU. Manakala wakil Rakyat dari SPDP pula seramai 10 Orang YB ADUN & PARLIMEN, yang mana terdapat seorang YB dari kaum Cina dan seorang YB dari kaum Kedayan/Melayu dan hanya 8 Orang YB dari kaum Dayak.

PADA PANDANGAN Orang Panggau TIDAK ADA SEBAB KENAPA DATO SRI DR JAMES JEMUT MASING TIDAK BOLEH MENJADI TIMBALAN KETUA MENTERI??. 

Dengan kebijaksanaan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau pasti akan membuat keputusan yang terbaik demi kebaikan kaum DAYAK dan kemakmuran Negeri Sarawak.








Wednesday 11 May 2011

NCR ISU DI SARAWAK !!!!? HUSAM MENGAMBIL TANAH RAKYAT DI GUA MUSANG ???


Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai,Gua Musang,telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat.


BERNAMA melaporkan Abdul Rahman Mohamed,berkata,sejak pencerobohan di tanah pusaka itu bermula awal tahun lepas,beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan beliau melantik peguam bagi membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat yang didakwa milik bukan Bumiputera itu dan berpejabat di luar Kelantan.

"Tanah ini mempunyai geran atas nama bapa saya,Mohamed Noh yang meninggal dunia pada tahun 1998.Keseluruhan tanah adalah seluas 9.6 hektar tetapi syarikat ini telah menceroboh sebahagian tanah itu meskipun saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghalang mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Norazli Ahmad.

Abdul Rahman berkata,tanah itu sepatutnya dibahagikan antara beliau dan lapan adik-beradiknya tetapi pembahagian itu kini terjejas disebabkan pencerobohan yang berlaku.Beliau berkata, aduan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang manakala laporan polis telah dibuat pada 24 Mac lepas.

LADANG RAKYAT TELAH DI BERI KEPADA ORANG LAIN !!!

INILAH PERANGAI HUSAM MUSA !!!

NAK UNTUNG,MELAYU TERKORBAN !!!

PAKATAN RAKYAT AKAN DIPERGUNAKAN OLEH DAP UNTUK MERAMPAS TANAH NCR DI SARAWAK!!!!!! AWAS!!!

SUMBER : Badut Rakyat

Monday 9 May 2011

Pembangkang CEMBURU,,! Usaha PRS-Pemuda Umno Berjaya


Publisiti murahan!!! Itu lah perkataan "biadap" yang dikeluarkan oleh oleh penyukong Pakatan Rakyat di Sarawak menerusi laman facebook mereka.

Sebenarnya mereka ini cemburu membabi buta dengan kejayaan dan usaha PRS bersama-sama dengan Biro aduan Pemuda Umno yang di pengerusi oleh Dato’ Muhd Khairun Aseh.

Pembangkang hanya pandai memperlekehkan hasil kerja dan usaha pemimpin Barisan National kerana Pakatan Rakyat dan penyukongnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jauh sekali nak menolong Rakyat.??

Rakyat Sarawak yang ditimpa masalah di dalam Malaysia sendiri pun Pakatan Rakyat tak mampu nak tolong, ini kan pula di Negara Orang yang mesti menerusi hubungan diplomatic dan kementerian Luar. MANA KEMENTERIAN LUAR PAKATAN RAKYAT??? Jawabnya… mana ada.!! Tak ada lah!!!

Kerajaan Barisan National sahaja yang dapat membantu segala permasalah yang melibatkan Rakyat Malaysia di Luar Negara.

Beberapa hari selepas berita yang menimpa nasib tiga bersaudara iaitu Remban, Jerrie & Ritchie yang disiarkan di akhbar minggu lepas, yang mana mereka telah menjadi mangsa penipuan bekerja sebagai pembalak di Papua New Guinea, akhirnya mereka bertiga Berjaya di bawa balik ke pangkuan keluarga.

Usaha membawa balik mereka bertiga dilakukan oleh PRS dengan bantuan Biro Aduan Pemuda Umno. BUKAN PKR, BUKAN DAP dan BUKAN PAS… 

Lepas ini Orang Panggau nak tanya mereka bertiga, siapa ejen yang menghantar mereka ke Papua New Guinea… JANGAN-JANGAN EJEN PAKATAN RAKYAT.. mana lah tahu?????

Sunday 8 May 2011

Pakatan Rakyat “BERCERAI” dengan SNAP


Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) sudah memutuskan hubungan dengan ikatan Kumpulan Pembangkang Pakatan Rakyat kerana menganggap ia hanya sesuatu yang sia-sia.

“Kami tiada lagi dalam Pakatan. Kami telah mengambil haluan sendiri. Kata Setiausaha Agung SNAP Stanley Jugol.

Beliau menegaskan tiada keikhlasan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Party Tindakan Demokratik (DAP), apatah lagi Party Se-Islam Malaysia (PAS ) ekoran ketidaksetujuan SNAP bekompromi kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya lepas.

SNAP dan PKR tidak bertemu buku ekoran keputusan SNAP terus meletakkan calonnya dalam 26 kawasan yang majoritinya pengindi Dayak, manakala PKR bertanding dalam 49 kawasan. Ketidak-sepakatan kedua-dua parti dalam pengagihan kerusi itu telah merenggangkan barisan pembangkang sehingga SNAP tidak lagi dijemput dalam masyuarat Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya Negeri yang lepas SNAP tewas dalam kesemua 26 kawasan yang dipertandingkan. PKR pula menang dalam tiga daripada 49 kerusi yang dipertandingkan.

Pemerhati politik melihat keputusan SNAP itu menghancurkan harapan DAP untuk “Menunggangi” SNAP bagi meraih sokongan pengundi Luar Bandar khasnya pengundi kaum Dayak.

Sebilangan besar pemerhati politik memberitahu keputusan SNAP untuk tidak menganggotai Pakatan Rakyat memang sudah dijangka kerana sejak menyertai Pakatan Rakyat setahun lalu, pengikut SNAP sentiasa mencurigai DAP, PKR dan PAS yang mereka anggap ‘Parti Luar’ sedangkan SNAP adalah Party yang ditubuhkan oleh Orang tempatan dan berpengkalan setempat.

KENYATAAN DIATAS DIPERKUATKAN LAGI OLEH KENYATAAN Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Dr Stephen Rundi dalam Utusan Borneo bertarikh 8/5/2011 yang mengatakan “ SEDAR DIRI DIBULI MUNGKIN PUNCA SNAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT”





Saturday 7 May 2011

Masing harap pencapaian PRS diberi pengiktirafan


KUCHING : Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) disarankan untuk mempertimbangkan pertambahan jawatan di dalam Kabinet Negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri kepada calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Presiden PRS Dato Sri James Masing berkata, penganugerahan sedemikian adalah sewajarnya bagi mengiktiraf kejayaan PRS pada pilihan raya negeri lepas.

“PRS telah melakukan yang terbaik, kami menang lapan daripada sembilan kerusi dipertandingkan dan itu menjadikan kami parti kedua terbesar dari segi jumlah calon yang dipilih di Sarawak.

“Sebab itu, saya merasakan pucuk pimpinan BN baik di peringkat negeri mahupun pusat harus mempertimbangkan perkara ini sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian PRS,” katanya.

Beliau ditemui sempena majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan BN dan calon PRS pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, di sini malam kelmarin.

Menurut Menteri Kemajuan Tanah itu, pengiktirafan tersebut juga adalah sebagai menghargai sumbangan masyarakat Dayak khususnya di luar bandar yang telah memastikan kemenangan BN.

“Kerajaan harus mengiktiraf sumbangan masyarakat Dayak ini, kalau tidak, ini akan menimbulkan masalah kepada BN untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Masing.

Sementara itu, Setiausaha Politik di Pejabat Ketua Menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi PRS, Wilson Ugak Kumbong dalam ucapannya sempena majlis kesyukuran tersebut yang diadakan di The Banquet, di sini turut memberikan saranan sama terhadap pucuk pimpinan BN.

“Kali ini PRS telah mendapat mandat kedua terbanyak dalam kerajaan BN.

“Oleh itu, saya berharap presiden PRS dapat dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri dan pertambahan jawatan menteri dan menteri muda dalam kabinet negeri supaya dapat menguatkan lagi BN,” katanya.

SUMBER : UTUSAN BORNEO


Thursday 5 May 2011

KAJI PUNCA SOKONGAN KAUM DAYAK TERHADAP BN MENURUN!!!?

Penurunan pengundi Dayak mesti diteliti dengan serius oleh pucuk pimpinan BN



RAIKAN BERSAMA: Masing (tengah) bersama calon-calon PRS yang memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 memotong kek kemenangan sempena majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan BN dan calon PRS.

KUCHING: Penurunan pengundi Dayak secara umum di kawasan luar bandar dalam pilihan raya negeri lalu mesti diteliti dengan serius oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Menurut Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri James Masing, terdapat sebab-sebab penurunan sokongan masyarakat Dayak terhadap BN.

Justeru, presiden salah sebuah parti politik berasaskan Dayak dalam BN iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu menegaskan bahawa masyarakat Dayak mahukan pembabitan yang bermakna dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, pembabitan tersebut bermakna mengambil kira sumbangan mereka (masyarakat Dayak) kepada kemenangan BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

Jelasnya, antaranya ialah merangkumi penglibatan masyarakat Dayak dalam perkhidmatan awam di peringkat persekutuan.

“Penjawat awam Dayak yang berkelayakan perlu direkrut ke dalam peringkat tertinggi perkhidmatan kerajaan di peringkat persekutuan.

“Dengan itu, BN akan mengurangkan tuduhan pembangkang bahawa masyarakat Dayak di Sarawak telah diketepikan oleh kepimpinan persekutuan dalam pengambilan penjawat awam,” kata Masing.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan BN dan calon PRS pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, di sini malam kelmarin.

Menurut Masing, jika tuntutan seumpama itu tidak dipenuhi sewajarnya, BN mungkin menghadapi masalah dalam usaha mengekang penurunan sokongan penduduk luar bandar.

“Pembangkang tahu kawasan luar bandar boleh memainkan peranan penting dalam menggulingkan BN di Sarawak dalam pilihan raya akan datang dan mereka sedang merancangnya sekarang.

“Maka itu, isu-isu yg menjejaskan penduduk luar bandar mesti ditangani oleh kepimpinan tertinggi BN dengan bijaksana,” katanya.

Sementara, majlis kesyukuran itu turut dihadiri lapan calon PRS yang memenangi kerusi masing-masing.

Selain Masing yang mengekalkan kerusi DUN Baleh, mereka terdiri daripada Snowdan Lawan (Balai Ringin), Liwan Lagang (Belaga), Mong Dagang (Bukit Bengunan), Malcom Mussen Lamoh (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah), Joseph Mauh Ikeh (Tamin) dan John Sikie Tayai (Kakus).

Pada pilihan raya lalu, PRS yang diperuntukkan sembilan kerusi memenangi lapan daripadanya, setelah calonnya Stanley Nyitar tewas di Pelagus.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

ORANG PANGGAU NAK TAMBAH SIKIT... JANGAN INGAT Dato Sri Dr James Jemut Masing tak ada taring. Untuk menambahkan ketajaman Taring beliau. Kaum Dayak hendaklah menyukong penuh kepimpinan PRS dan BARISAN NATIONAL. 



EKSKLUSIF !!! JANJI PAKATAN YANG MASIH BELUM DI TUNAIKAN SAMPAI SEKARANG !!!


DI BAWAH ADALAH JANJI YANG MASIH BELUM DI TUNAIKAN OLEH PAKATAN SELEPAS PRU 12


SELANGOR

• Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
• Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
• Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
• Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
• Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
• Memberi cuti sebulan kepada isteri yang kematian suami.
• Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
• Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa.


KEDAH

• Memberi bantuan perkapita kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).
• Menawarkan pemberian cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa menghadkan bilangan anak.
• Memberi cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan.
• Memberi subsidi air kepada masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar.
• Memperbanyakkan kemudahan tempat meletak kenderaan di bandar-bandar utama.


PULAU PINANG

• Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan.
• Menyediakan 100,000 anggota polis bagi meronda jalan raya dan kawasan kediaman untuk mengurangkan jenayah.
• Menghapuskan tol Sungai Nyior.

Sebaliknya :

• Kenaikan tarif air.
• Penduduk Kampung Buah Pala ‘dihalau’ dari kampung mereka.
• Penduduk dihalau untuk mendirikan Universiti Singapura.

JANJI-JANJI TERKINI

• Memberi kuasa autonomi kepada Sarawak.
• Memberi jaminan keluarga di negara ini akan menerima gaji RM4,000 sebulan.
• Warga emas akan menerima RM1,000 sebulan.
• Menaikkan imbuhan kepada guru RM500 sebulan.
• Mengarahkan Khazanah Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempunakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan bagi tujuan menghapuskan tol.
• Rombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dan memindahkannya bagi menampung subsidi kepada rakyat.
• Melupuskan Felda Plantations dan mengagihkan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
• Memberikan hasil petroleum atau royaltinya kepada negeri-negeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20 peratus.
• Siasatan Diraja isu kerakyatan pendatang tanpa izin di Sabah.
• Kerajaan mengambil alih syarikat air yang diswastakan melalui kontrak khas.
• Memberi internet percuma kepada penduduk pedalaman.
• Mengkaji semula gaji kakitangan kerajaan,peranan dan sumbangan mereka.
• Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan.infi sgare dari kelab

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN INI YANG ANDA MAHUKAN ???

BANYAK LAGI YANG PAKATAN TIDAK TUNAIKAN TETAPI DAH BUAT JANJI BARU !!!

SUMBER ; Badut Rakyat