Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday 31 March 2012

SKANDAL RM445 JUTA: ANWAR KEPANASAN!



KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut.

Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu.

Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang.

RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.BLUE BERUAN





.

Wednesday 7 March 2012

Mong : Saya ada Hak Demokratik

Datuk Mong Dagang
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demo-kratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini.

Berdasarkan hak ini, kata-nya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat ope-rasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.

Menurut beliau, Frusis nya-ta mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai.

“Ia membazirkan wang cukai yang dibayar saya dan semua rakyat Malaysia, apatah lagi pengundi Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mungkin akan marah pada saya sekiranya mengetahui perkara ini.

“Semua orang mempunyai hak demokratik, begitu juga dengan saya, maka saya harus bertindak adil dengan memberikan bantuan kepada golongan OKU yang wajar memperolehi bantuan berbanding Frusis,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian pada sidang media di Dewan Suarah Sri Aman apabila isu Frusis disiarkan secara meluas dalam Internet sejak kebelakangan ini.

Menurut Mong lagi, Frusis pernah mendapat bantuan berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.

Beliau turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011 apabila pendapatan beliau didapati melebihi kadar yang dijangkakan, iaitu mampu berdikari.

Frusis yang mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok.

Justeru, Mong berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya dipilih bukan berkhidmat untuk seorang individu sahaja, tetapi semua rakyat di DUN Bukit Begunan dan negeri Sarawak amnya.

“Saya percaya, terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang kepada timbulnya isu ini demi kepentingan politik mereka, tetapi Frusis tidak sedar dia dipergunakan oleh mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Mong mengakui bahawa surat yang ditujukan kepada Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman itu adalah surat daripadanya.

“Saya tidak menafikan surat itu daripada saya kerana saya bekerja berprinsip, tetapi saya tidak tahu macam mana surat itu boleh diperolehi Frusis dan disiarkan dalam media.

“Perkara itu biarkan pihak berkuasa untuk menyiasat,” ujarnya.

Dalam mempertahankan rekodnya, Mong berkata, beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak dan RM5,000 kepada KUSIA tahun lalu.

Ini bermakna, katanya, beliau tidak sama sekali mengabaikan nasib golongan OKU.

SUMBER : Utusan Borneo

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/07/mong-saya-ada-hak-demokratik/#ixzz1oQT8aRwn