Wednesday, 25 April 2012

Penubuhan SWP bukan untuk menggantikan PRS



Ia bukan parti komponen BN, penubuhannya lebih kepada usaha balas dendam oleh Sng Chee Hua 

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak percaya pendaftaran Sarawak Workers Party (SWP) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah untuk menggantikan PRS dalam Barisan Nasional (BN).

Pemuda Pusat PRS dalam kenyataannya yang ditandatangani Kemarau Entalai selaku ahli exco berkata, ini kerana SWP bukan parti komponen BN dan penubuhan parti itu lebih kepada usaha membalas dendam penggerak utama parti itu, Datuk Sng Chee Hua ke atas para pemimpin PRS.

“Kami tidak percaya pendaftaran SWP adalah untuk menggantikan PRS di enam kerusi Parlimen kerana SWP bukan parti komponen BN.
  
“Datuk Sng menyasarkan kerusi Parlimen milik PRS kerana masih berdendam dengan pemimpin-pemimpin PRS… beliau bersama beberapa pengikutnya telah dipecat daripada PRS,” ujarnya.

Beliau menambah: “SWP didaftar untuk meneruskan agenda peribadi dan kepentingan Sng bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, khususnya komuniti Dayak di kawasan luar bandar.” 

Kemarau menambah, Sng layak menyuarakan pendapat tetapi rakyat di enam konstituensi milik PRS amat mengenali ahli politik veteran itu. 

Dalam politik, katanya Sng tidak asing kepada komuniti Dayak tetapi hakikatnya beliau gagal menyumbang kepada rakyat di Julau ketika beliau menjadi wakil rakyat di situ.

Beliau turut menyangkal kenyataan yang mengatakan SWP berpihak kepada BN.

“Jika ia (SWP) bertanding menentang calon-calon BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang, parti itu bukan mesra BN atau berpihak kepada BN. 

“Jika SWP berpegang teguh kepada prinsip-prinsip BN mereka tidak akan bertanding menentang mana-mana calon BN termasuk di kerusi milik PRS,” tegasnya. 

Menurut beliau pendirian SWP itu menunjukkan parti itu lebih berpihak kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Sng mempunyai hubungan rapat dengan penasihat PKR. 

Beliau berkata semua parti komponen BN mesti bersetuju sebelum mana-mana parti politik baharu boleh diterima menyertai BN dan Sng sedia maklum mengenai perkara itu. 

“Saya menggesa pengundi di enam kerusi Parlimen PRS terus bersatu padu menyokong calon-calon BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang. 

“BN telah membawa banyak pembangunan serta perubahan kepada rakyat dan merancang projek pembangunan seterusnya. 

“Kita harus sedar projek boleh dilaksanakan sekelip mata tetapi perlu dirancang bertahun-tahun. 

“Saya menasihati rakyat agar menolak politik ‘dendam peribadi’ kerana ia hanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya. 


Kenyataan media itu dibuat sebagai maklum balas kepada laporan sebuah akhbar kebangsaan berbahasa Inggeris yang melaporkan Sng dalam satu majlis bersama rakyat di Rumah Mudat, Ulu Mukah malam Sabtu lepas sebagai berkata penubuhan SWP bertujuan menggantikan PRS dalam BN. 

Dalam ucapannya Sng memberitahu bahawa penyokong setianya meminta beliau bertanding di kawasan majoriti Dayak iaitu di Selangau pada PRU13 nanti. 

Beliau juga memberitahu bahawa beliau dan beberapa lagi pengikutnya memulakan SWP sebagai landasan selepas mereka disingkirkan PRS suatu ketika dulu. 

Bagaimanapun presiden penaja SWP Dr Ong Lark Sai dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu Sng tidak terlibat dalam penubuhan parti itu. 

Sng berkata sebagai permulaan SWP akan bertanding di enam kerusi Parlimen milik PRS iaitu Sri Aman dengan penyandangnya ialah Masir Kujat, Lubok Antu (William Nyalau Badak), Selangau (Datuk Joseph Entulu), Kanowit (Datuk Aaron Dagang), Julau (Datuk Joseph Salang) dan Hulu Rajang (Datuk Billy Abit Joo). 

Sementara itu Presiden PRS Tan Sri James Masing yang dihubungi memberitahu, beliau enggan mengulas mengenai kenyataan Sng itu. 

“Pemuda PRS sudah mengeluarkan kenyataan mereka berhubung perkara ini. Saya tiada apa nak diulas (no comments),” katanya ringkas.  

SUMBER : UTUSAN BORNEO




.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete