Friday, 25 March 2011

Rumah panjang di Nanga Jella tolak kempen oleh pihak pembankang



MIRI: Penduduk rumah panjang Tuai Rumah (TR) Nunong Sigat di Nanga Jella, Lambir di sini optimis menolak kehadiran mana-mana parti pembangkang yang ingin datang berkempen ke kawasan mereka sempena pilihan raya negeri ke-10 yang akan datang ini. Justeru menurut TR Nunong, sebagai peringatan kepada mana-mana parti pembangkang agar tidak menceroboh masuk ke kawasan rumah panjang mereka, satu sepanduk besar telah dipasang di simpang masuk utama.

“Kita mengharamkan sama sekali kemasukkan mereka ke kawasan rumah panjang ini kerana kita sedar pembangkang hanya pandai bercakap dan menabur janji kosong terutama ketika musim pilihan raya namun kemudian menghilang selepas episod pilihan raya berakhir,” katanya.

Sebaliknya, menurut beliau mereka akan membuka pintu seluas-luasnya untuk anggota parti dari komponen Barisan Nasional yang ingin datang melawat atau berkempen ke kawasan rumah panjang mereka.

TR Nunong memberitahu demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas memasang sepanduk tersebut di kawasan hadapan rumah panjangnya semalam.

Ini kerana menurut Nunong, penduduk di rumah panjangnya amat sedar hanya kerajaan BN yang mampu memberi pembangunan dan keselesaan kepada mereka. “Ini terbukti apabila rumah panjang mereka yang siap dibina sejak lebih lima tahun lalu telah mempunyai kemudahan jalan raya yang sempurna.

Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan beberapa projek infrastruktur untuk rumah panjang ini,” ujar beliau lanjut. Menurut TR Nunong, pada hujung minggu lepas, terdapat sekumpulan empat ahli dari sebuah parti pembangkang telah pergi ke beberapa kawasan di Lambir untuk tujuan berkempen dengan menanyakan beberapa soalan berkaitan butiran pengundi.

“Justeru, kami selaku penduduk di sini yang setia dengan kerajaan BN tidak akan menerima kehadiran mana-mana parti pembangkang di sini,” ulang beliau sekali lagi.

4 comments:

  1. Idup Tuai Rumah !!
    Idup Nangga Jella

    pembangkang hanya tahu menipu rakyat

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bn datang kempen. dia bagi kain satu saya minta lima,dia buat jamuan saya makan,dia lulus projek jalan raya api air saya sambut,.waktu conteng undi saya undi pkr.

    ReplyDelete
  4. undi PKR akan memusnahkan masa depan kamu, bangsa kamu dan anak kamu

    ReplyDelete