Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday 5 March 2011

Jangan gentar pembangkang


Ahli BN perlu bersuara menentang penghasut cuba gugat kestabilan negeri: Taib



 KUCHING: Ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar untuk bersuara bagi menentang penghasut dan musuh yang cuba menggugat kestabilan negeri dan politik kerajaan BN.

Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata setiap kaum di negeri ini telah menikmati kehidupan yang lebih baik dari tahun ke tahun dan tidak ketinggalan dari segi pembangunan.

Katanya, kemajuan politik di negeri ini dan negara amnya didirikan oleh anak kita sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Justeru katanya, siapa berani cakap BN tidak melakukan apa-apa untuk negara dan kenapa anda perlu takut untuk bersuara menentang penghasut dan musuh-musuh politik kita.

“Kalau anda percaya BN telah berjasa besar kepada negeri dan negara… apa yang perlu kita buat?

“Yang baik jangan dibiarkan menjadi terabai dan teruskan perjuangan kita untuk kejayaan rakyat.

“Oleh sebab itu, kita mesti perkuatkan lagi BN untuk ke-sinambungan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional Ne-geri Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah para pemimpin BN negeri iaitu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri Wiliam Mawan Ikom.

Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Menteri turut menegas-kan bahawa kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa dan tiada mana-mana kaum yang tersisih daripada pembangunan khasnya pendidikan.

Katanya, kita telah berjaya menukar rakyat yang susah kepada senang sebaliknya dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami erti kemiskinan sebenar.

“Memain-mainkan perasaan rakyat adalah tidak baik untuk rakyat dan rakyat akan ketinggalan daripada pembangunan.

“Tugas utama bagi mana-mana corak politik dalam ne-gara adalah untuk memboleh-kan semua rakyat menikmati pembangunan.

“Justeru, kita mesti kekal setia kepada BN untuk memastikan pembangunan yang telah dikecapi berkekalan dan dipertingkatkan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Taib yang turut menempelak pembangkang berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), berkata Penasihat Khas di Pejabat Ke-tua Menteri dan Ketua Informasi PBB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah dilantik bagi memantau penggunaan taktik sedemikian.

“Jika diadakan perdebatan, Adenan mampu mematahkan hujah pembangkang,” kata Taib merujuk cabaran yang dilontarkan pengerusi negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian kepada beliau untuk mengadakan debat umum berhubung isu NCR.

Taib berkata pembangkang hanya pandai berjanji dan mereka masih perlu mengemukakan bukti konkrit berhubung per-kara itu.

Baru yang mendakwa kebenaran mengenai isu itu akan di-ketahui menerusi debat umum berkata, lebih 200 kes NCR masih tertunggak di mahkamah dan perkara tersebut disedari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sumber : Utusan Bornea

No comments:

Post a Comment