Monday, 28 March 2011
Perbalahan DAP, PKR untungkan BN
Ia akan memberi peluang yang lebih besar kepada calon menang
BINTULU: Kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat dalam proses agihan kerusi yang bakal menyaksikan pertembungan calon-calon di beberapa kawasan akan memberi peluang lebih besar kepada calon BN untuk menang.
Setiausaha Agung BN Sarawak Dr Stephen Rundi Utom bagaimanapun berkata, ia bukan kunci utama keyakinan BN untuk menang, kerana rakyat bijak menilai keupayaan kerajaan sekarang.
“Ia membuktikan kepada rakyat atau pengundi tentang wujud percanggahan di kalangan pemimpin Pakatan (Rakyat), apatah lagi apabila hendak membentuk kerajaan,” katanya ketika dihubungi.
Rundi, Menteri Muda Kemudahan Awam, diminta mengulas kekecewaan DAP berhubung kedegilan PKR dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi calon kedua-dua parti.
Kelmarin, Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, lantaran itu DAP akan bertanding di 18 kawasan – Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawah, Kota Sentosa, Simanggang, Balai Ringin, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong, Kidurong, Senadin, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.
PKR berhasrat bertanding di 52 kerusi.
Selain DAP dan PKR gagal mencapai kesepakatan, SNAP yang sejak dari awal lagi mengumumkan nama calon, akan bertanding di 40 kerusi.
PAS hendak bertanding di enam kerusi.
Sarawak yang bakal menyaksikan pilihan raya negeri kesepuluh pada 16 April depan mempunyai 71 kerusi DUN.
Rundi yang juga setiausaha agung PBB berkata lagi, beliau tidak terkejut apabila mendengar kegagalan rundingan kerusi antara DAP dan PKR.
“Dari awal lagi kita anggap hubungan antara DAP, PKR dan PAS adalah sekadar pakatan yang tidak mempunyai penghayatan mendalam. Bila-bila masa mereka boleh bercerai,” katanya.
Jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah, katanya, beliau khuatir akan wujud suasana kucar-kacir kerana ketidaksepakatan mereka.
“Saya percaya BN Negeri yang mempunyai sokongan kuat daripada kerajaan pusat mampu mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil sekali gus meyakinkan rakyat untuk terus mencapai kemakmuran,” katanya.
ORANG PANGGAU NAK TAMBAH LAGI...TERKINI!!!! SAH PKR MERAMPAS 3 KERUSI DARI DAP. DAP HANYA BERTANDING 15 KERUSI YANG SEPATUTNYA DAP BERTANDING 18 KERUSI...........!!
SUMBER : UTUSAN BORNEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment