Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday 11 March 2011

Bumiputera digalak mohon tanah NCR mereka disukat: JTS

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menggalakkan Bumiputera yang memiliki tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sah agar memohon tanah mereka disukat di bawah program inisiatif baru.

Bagaimanapun, sebelum kerja pengukuran dimulakan, dialog akan diadakan untuk mem-perjelaskan tujuan kerja mengukur serta berbincang isu-isu berkaitan.

Kenyataan yang dike-luarkan oleh JTS semalam memberitahu bahawa setiap permohonan yang dikemukakan bakal diteliti dari segi kesahihan tun-tutan hak adat Bumiputera melalui input daripada Pejabat Daerah serta ketua masyarakat bagi mengenal pasti kaum yang memiliki tanah terbabit.

Manakala dialog di antara pemilik tanah dan ketua masyarakat akan ditekankan kepada per-lunya kerjasama kedua-dua belah pihak ketika kerja mengukur dijalankan.

Perkara ini dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Tanah NCR Sungai Lengan David Majang Sang apabila permohonan dipohon melalui sebuah akhbar tempatan di sini sema-lam.

Surat itu ditandatangani oleh sembilan Tuai Rumah dan seorang individu.

“Buat masa ini, per-mohonan itu diteliti pihak JTS Sibu, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah untuk mendapatkan kepastian hak milik tanah,” jelasnya.

Pihak JTS juga menasihati agar pertikaian pemilikan antara sempadan diselesaikan sebelum kerja-kerja mengukur dijalankan.

Orang Panggau... menyeru pemilik-pemilik tanah NCR supaya bekerjasama lah dengan pihak JTS di Daerah masing2.  Selepas penyukataan siap kelak maka pemilik2 Tanah NCR tak perlu risau lagi, kerana sempadan diantara Tanah NCR dan state Land telah ada...

No comments:

Post a Comment