Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday 25 March 2011

EZAM MULA BERSUARA BERKENAAN SUMPAH ANWAR !!! ADAKAH ANWAR BERANI BERSUMPAH ???



semalam Ezzam mula bersuara berkenaan dengan sumpah Anwar.adakah benar sumpah Anwar ini hanya kepentingan diri atau politik ???

bilakah kita boleh melihat anwar bersumpah ??? adakah anwar sebenarnya takut bersumpah untuk menjelaskan tentang dirinya yang sebenarnya bahawa Anwar Ibrahim ini tidak bersalah ???

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.

"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini.Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu,Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.

"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya.  SETERUSNYA!!

No comments:

Post a Comment