Thursday, 3 March 2011

PRK KERDAU: 'Kemaluan' Anwar tercampak di Kerdau

photo credit : pisau

Meskipun Anwar kecut telur dengan cabaran debat Ummi Hafilda, tapi kesempatan berceramah di lokasi yang yang berdekatan memberi kesempatan untuk Ummi menelanjangkan Anwar dari jarak yang dekat.

Ummi yang berceramah di Kg Sekoh Rumpun Makmur malam tadi, berjaya menyebabkan ‘kemaluan’ Anwar tercampak dijalanraya.

Gelaran dan pendedahan sebagai ‘Bapa rasuah’ oleh Ummi Hafilda menyebabkab Anwar terpingga-pingga, sampai terpaksa menghentikan ceramah serta-merta. Anehnya, Anwar seorang ahli debat yang berpenyakit ‘gila mencabar’, tidak sanggup menerima cabaran orang lain dan tidak sanggup berdepan dengan kebenaran.

Mungkin sebab Anwar memang bapa rasuah? Dan itulah yang menyebabkan Anwar menganggap diri sebagai ‘gudang bukti’ untuk semua masalah rasuah di Malaysia.

Pada masa yang sama, Ummi turut mencabar Anwar Ibrahim agar segera menyaman beliau, jika pendedahan tersebut adalah fitnah atau pembohongan semata. Kata Ummi;

"Anwar boleh saman Tun Dr Mahathir RM100 Juta, Anwar Boleh Saman Khairy Jamaluddin RM100 juta, Anwar saman Dato Nalakarupan RM200 Juta Tapi kenapa Anwar Ibrahim tak Saman saya? Saya mendedahkan banyak mengenai Anwar Ibrahim dan Azmin Ali serta Shamsidar tapi tak seorang pun dari mereka menyaman saya"

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat Ummi Hafilda selama ini, rupanya bukan sekadar suara ‘nyamuk’, sebaliknya berjaya menyebabkan Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat mulai ‘cuak’.

Jika rakyat DUN Kerdau terbukti menolak Anwar Ibrahim, Apakah rakyat ditempat lain akan menghadiahkan kerusi empuk untuk si Bapa rasuah?

No comments:

Post a Comment