Thursday, 21 April 2011

Sistem Demokrasi.....DUN SARAWAK UNTUK YB YANG DI PILIH RAKYAT

                                      Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 telah mengejutkan seluruh penduduk di Sarawak apabila hanya dua orang daripada 15 orang wakil dari kaum cina dalam Barisan National yang menang. Ini telah menunjukan bahawa kaum cina tidak memerlukan wakil dalam Kerajaan. Kaum cina lebih memerlukan wakil dari Pembangkang iaitu DAP. 

Apakah Agenda sebenar kaum cina dalam politik sehingga tidak memerlukan wakil daripada Kerajaan Dalam DUN??. Sekali lagi saya mengatakan bahawa kaum cina tidak memerlukan wakil mereka dalam kerajaan. Ini terbukti selepas keputusan PRN Sarawak ke 10.

Pada pendapat saya, Tidak perlulah hendak menggubal undang-undang bagi membolehkan kerajaan Negeri melantik wakil yang tidak dipilih oleh rakyatnya ataupun masyarakatnya. Sebagai contoh, kaum Cina sudah tidak memerlukan wakil dalam Kerajaan, maka tidak perlulah digubal undang-undang untuk membolehkan wakil daripada kaum Cina yang tidak terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kita mesti menghormati keputusan PILIHANRAYA dan berdasarkan DEMOKRASI… Ingin saya ingatkan disini, sekiranya undang-undang tersebut digubal seperti yang dicadangkan oleh Senator Datuk Idris Buang, maka sudah tentu Kaum Bumiputera tidak senang hati, khasnya kaum Dayak. Kalau dinilai dari keputusan PRN Sarawak ke 10, mari kita lihat JUMLAH WAKIL RAKYAT DARI KERAJAAN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT ATAU PUN MASYARAKATNYA dibawah:-

BUMIPUTERA ISLAM (Melayu/Melanau) seramai 27 Orang.

BUMIPUTERA BUKAN ISLAM ( Iban/orang Ulu/Bidayuh ) seramai 26 Orang

CINA, Hanya seramai 2 Orang.

SEKALI LAGI SAYA INGIN KATAKAN DISINI BAHAWA SESUATU YANG TIDAK ADIL KEPADA KAUM BUMIPUTERA SEKIRANYA KAUM CINA YANG TIDAK DI PILIH OLEH MASYARAKATNYA UNTUK MEWAKILI MEREKA DALAM KERAJAAN DI DUN. Kita harus ingat bahawa masyarakat cina telah diwakili oleh wakil rakyat daripada DAP di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

MEMINDA PERLEMBAGAAN DALAM KEBINET NEGERI SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH senator Datuk Idris Buang HANYA AKAN MENIMBULKAN KERAGUAN DAN KETIDAK PUAS HATI DIKALANGAN MASYARAKAT YANG MENYOKONG SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA. Dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Politik Sarawak sekiranya seseorang yang tidak dipilih oleh rakyat dalam system Demokrasi menjadi wakil rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sarawak.




2 comments:

  1. Eh bodohnya si Idris Buang ni macam tak faham apa makna DEMO KASI. Buta kah mata yang cina dah pileh 12 wakil DAP dalam dewan undangan negeri bukan kah itu wakil2 cina. Nak apa lagi. Jangan2 si Idris dapat upah dari towkey cina yang dah nampak silapnya tak berwakil dalam kerajaan. Padan muka bangsa tak kenang budi bila jadi towkey miskin papa kedana pileh BN tapi sekarang bila dah kaya raya mendapat segala habuan masa menyokong BN pileh DAP. Memang jenis tamak dan rakus hanya fikir bangsa dia sendiri. Datang manusia seperti Idris Buang nak tunjuk liberal dan murah hati nak hadiah tempat kepada orang yang kalah, kalau dah kalah tu kalah lah apa nak diubah undang2 yang sedia ada. Jangan2 Idris tak sekolah baru betul kita dapat YB bodoh dan bebal kalau macam ini hancur lah BN dapat wakil rakyat yang mudah dibeli.

    ReplyDelete
  2. salam,telah saya pautkan link tuan pada blog saya :),

    http://www.rajahbinai.blogspot.com

    ReplyDelete