Sunday, 24 April 2011

PKR Memenangai hati Rakyat di N34 Krian. WHY!!? Datuk Peter Nyarok TEWAS.

                                                   Datuk Peter Nyarok ak Entrie

Datuk Peter Nyarok ak Entrie (Menteri Muda Pertanian, Pertubuhan Peladang & Koperasi) telah tewas di Tangan Calon PKR Ali ak Biju pada PRN 10 dengan majority yang agak besar iaitu 2090 undi di N34 Krian. Pada PRN Sarawak Tahun 2006 Datuk Peter Nyarok telah memenangi kerusi N34 Krian dengan majority 2089 undi. Kalau dilihat dari segi Pengelaman selama 4 penggal sebagai wakil Rakyat di N34 Krian dan Jawatan sebagai Menteri Muda, Ketewasan beliau merupakan satu kerugian besar kepada pengundi di N34 Krian.!

Pada Pendapat Orangpanggau, Pengundi di N34 Krian memang sedar bahawa mereka akan rugi kerana telah hilang seorang wakil rakyat yang sentiasa prihatin dan menolong Rakyat di N34 Krian. PERSOALANYA!! KENAPA PENGUNDI DI N34 KRIAN BERPALING TADAH DAN MEMBERI UNDI PROTES MEREKA KEPADA PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)???????!.

Pada Pendapat Orangpanggau… JAWAPAN NYA IALAH:- ISU TANAH NCR

Sebelum Pilihanraya dan semasa Pilihanraya ke 10, PKR telah memainkan isu Tanah NCR di N34 Krian, malah diseluruh pelusok Sarawak Isu Tanah NCR sentiasa menjadi modal dan sebutan pihak PKR ketika berkempen, berceramah, ataupun di media baru seperti Internet.

Kegagalan Datuk Peter Nyarok menyelesaikan kemelut yang melibatkan Isu-isu Tanah NCR di Kawasan N34 Krian merupakan penyebab utama pengundi memberi undi protes dan mengundi PKR. Pekara ini terbukti apabila ramai penyukong-penyukong Datuk Peter Nyarok yang dahulunya menyukong beliau dan Barisan National, Tetapi pada PRN 10 mereka ini telah beralih menyukong PKR. Malah saudara-mara terdekat Datuk Peter Nyarok sendiri pun tidak lagi menyukong beliau sebaliknya secara diam-diam telah menyukong PKR.

Salah sebuah Rumah Panjang di N34 Krian iaitu RH Gayan, Dassey. Yang dahulunya merupakan penyukong kuat Barisan National malah penduduk di situ merupakan saudara-mara terdekat kepada Datuk Peter Nyarok. Ketika satu majlis pemimpin bersama rakyat dianjurkan di RH Gayan Dassey selepas tahun baru cina tempoh hari, penduduk disitu telah menyatakan hasrat mereka dihadapan Datuk Peter Nyarok bahawa mereka tidak akan menyukong Barisan National lagi, KERANA ISU TANAH NCR MEREKA YANG SEDANG DALAM PERBICARAAN ( Penduduk Rh Gayan Dassey diwakili oleh Paguam Baru Bian ). RH Gayan Dassey hanya satu contoh, malah ada lagi konflik beberapa kes yang melibatkan Tanah NCR di N34 Krian.

SEMENJAK ADANYA KEMELUT DAN PERSELISIHAN YANG MELIBATKANN TANAH NCR DI N34 KRIAN, PENDUDUK YANG TERLIBAT SENTIASA MEMBUAT ADUAN KEPADA DATUK PETER NYAROK ( Wakil Barisan National ), kerana harapan mereka adalah hanya wakil Rakyat yang boleh menyelesaikan kemelut yang menimpa Tanah NCR mereka. TETAPI SEHINGGA PRN 10 TIADA PENYELESAIAN YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH WAKIL RAKYAT MEREKA.. Kerana kekecewaan,,! akhirnya penduduk yang terlibat ataupun tuan punya tanah NCR telah mendapatkan khidmat seorang Peguam iaitu Baru Bian untuk mempertahankan kemelut yang menimpa tanah NCR mereka.. ( Pada masa itu keadaan boleh diumpamakan seperti penyakit yang tidak dapat di ubat lagi )

PERSOALAN NYA LAGI!!! KENAPA DATUK PETER NYAROK TIDAK DAPAT MEMBERI KAYAKINAN KEPADA PENDUDUK TERLIBAT BAHAWA KERAJAAN TIDAK ADA NIAT UNTUK MENGAMBIL TANAH NCR DAN TANAH NCR YANG TERLIBAT TERSEBUT TETAP MILIK MEREKA ataupun sebaliknya??????? Sama-sama lah kita renungkan!!!!!

Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 pihak PKR telah mendedahkan kepada pengundi di N34 Krian beberapa Syarikat-Syarikat yang telah diberi Provisional lease (PL) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perladangan dan pembalakan yang mana AREA PL tersebut telah melibatkan Tanah NCR seperti di bawah.. ( rujukan Orangpanggau ialah :Buku berwarna kuning yang diedarkan oleh pihak PKR ). 

1. KAWASAN : SUNGAI KRIAN/SUNGAI BUDU ( aktiviti Pembalakan )
Syarikat : Vita Hill Sdn Bhd.
Kontraktor : Karismal Timber Sdn Bhd
( Detail dalam buku berwarna kuning )

2. KAWASAN : KABO – AWIK ( aktiviti Perladangan & Pembalakan )
Syarikat : Pelita Holding Sdn Bhd
Logging kontraktor : Dynawood Sdn Bhd
( Detail dalam buku berwarna kuning )

3. KAWASAN : SUNGAI MAPAR – SUNGAI KRIAN ( aktiviti Balak & Perladangan )
Syarikat Pembalakan : Syarikat Kayu Rimba
Perladangan : Salcra
( Detail dalam Buku berwarna kuning )

4. KAWASAN : MUDONG – IBUS ( aktiviti Pembalakan )
Syarikat : Tunggal Enterprise
Kontraktor : Karismal Timber Sdn Bhd
( Detail dalam buku berwarna kuning )

5. KAWASAN : AWIK – SEBELAK ( aktiviti Pembalakan )
Syarikat : Solid Sunshine Sdn Bhd
( Detail dalam buku berwarna kuning )

6. KAWASAN : SELAMBONG – SEDAN – JENGARA & SUNGAI GRUYU ( aktiviti Perladangan )
Syarikat : Kenyalang Resoutces Sdn Bhd
Nama baru: Saribas Sdn Bhd
( Detail dalam buku berwarna kuning )

SEBENARNYA Orangpanggau SEKADAR HENDAK MEMBERI PERINGATAN!!! SEBELUM PENYAKIT MENYADI LEBIH PARAH DIHARAPKAN PIHAK YANG BERTANGGUNJAWAB HENDAKLAH MENGUBATI NYA TERLEBIH DAHULU.!!!!!!!!!!!





1 comment:

  1. nyarok is useless.. same goes to BN because they cant protect NCR land..instead, they issue licenses for logging company to take what are belong to the natives!

    ReplyDelete