Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 10 April 2011

KERAJAAN KOTAKAN JANJI, PEMBANGKANG HISAP TELUNJUK.


Ketika berucap sempena Lawatan kempen bersama Calon Barisan National N54 Pelagus di RH Nudong, Ng Ibau Kapit, Datuk Sri Shafie Apdal yang merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia telah menasihatkan penduduk disitu supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tipu helah party pembangkang dan calon Bebas.

MENURUT DATUK SRI SHAFIE APDAL:- Beliau mengecam tindakan Individu yang menaja calon Bebas di N54 Pelagus kerana kerana tidak puas hati.. Orang yang beliau maksudkan ialah Dato Sng. Menurut beliau Dato Sng merupakan kawan kepada Anwar Ibrahim.. Calon Bebas tidak dapat membawa apa-apa pembangunan.

Beliau juga turut mengecam Anwar Ibrahim, kerana ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Anwar tidak memberi peruntukkan untuk melaksanakan jalan raya di Kapit.. Bila menjadi pembangkang baru lah pandai itu ini memburukan Kerajaan.

Pada Majlis tersebut juga beliau mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 15.8 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Kawasan N54 Pelagus. Malah beliau juga akan memperuntukan burget untuk melaksanakan projek jalan raya dari Kapit ke Ng Ibau.

Datuk Sri Shafie Abdal juga ada menyentuh bahawa peruntukan dan pertolongan dari YB merupakan dari duit kerajaan, Semua YB ada memohon peruntukkan dari kerajaan pusat termasuk Larry Sng. Menurut beliau lagi Bekas ADUN N54 Pelagus Larry Sng selalu memohon peruntukan dari Kementerian Beliau. 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datuk Alexander Nanta Linggi ( MP Kapit ), Datuk Billy Abit Jo (MP Ulu Rajang ), Senator Pn Dorris Brodie merangkap Ketua Wanita PRS dan ramai lagi.

1 comment: