Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Wednesday 6 April 2011

PERANCANGAN CALON BN N54 PELAGUS. EN STENLY UNJA@nyitar


Berjanji akan bersikap adil kepada semua kaum di kawasan beliau

Dari segi Agama, walaupun beliau beragama kristian tetapi beliau masih bersedia untuk bersama dengan kaum Iban dalam upacara miring sekiranya dijemput. Bagi yang beragama islam dan budha , beliau pun akan sentiasa menerima jemputan sekiranya dijemput untuk datang dalam mana2 upacara keagamaan.


Dengan nada yang sentiasa merendah diri beliau berjanji akan lebih bertimbang rasa dan dengan penuh hormat untuk melayan pengundi beliau dari segala macam segi.. Rata-rata penduduk setempat sangat memuji kreteria beliau iaitu senang untuk didampingi dan tidak sombong, maklum lah beliau berasal dari golongan kurang berada dan sangat dihormati di gereja.

Dari segi pembangunan di kawasan N54 Beliau menyeru kepada semua ketua masyarakat ( penghulu, tuai rumah, pemanca, temenggong ) supaya bekerja sama-sama dengan beliau untuk mencapai matlamat iaitu untuk membanggunkan :-

a) Kemudahan Jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan sebagainya di kawasan N54 Pelagus. Beliau berjanji akan menyampaikan semua permintaan rakyat kepada kerajaan pusat dan cuba mengusahakan sedaya upaya supaya peruntukan tersebut dapat diluluskan oleh kerajaan pusat dan disalurkan ke kawasan Pelagus, terutamanya ke kawasan pendalaman.

b) Dari segi Pendidikan- beliau berharap supaya setiap satu ruang bilik akan terdapat sekurang-kurangnya seorang masuk universiti dan balik dengan ijazah.. cara beliau ialah mendidik dan menyedarkan betapa pentingnya pendidikan. Salah satu cara beliau membantu pelajar-pelajar sekolah ialah beliau akan membuat pemantauan terhadap murid-murid sekolah semenjak dari sekolah rendah, Sekolah menengah hinggalah ke universiti. Menurut beliau wang ringgit bukanlah factor untuk mencapai kejayaan dalam persekolahan tetapi semangat untuk majukan diri adalah penting. Cara beliau untuk memberi peransang kepada murid-murid ialah beliau akan selalu melawat ke sekolah-sekolah.

c) Dari segi Economy development..Beliau akan lebih menekankan dan cuba untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Iban di kawasan Pelagus dengan pelbagai cara, iaitu menggunakan segala sumber dan perancangan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan National. Kerana sebelum ini Larry Sng tidak pernah membantu masyarakat Iban untuk meningkatkan ekonomi mereka. Larry Cuma memberi Tikar kertas, bagi duit bila ada kesusahan, akhirnya masyarakat Iban di Pelagus tidak pernah cuba untuk berusaha meningkatkan ekonomi mereka…. Asyik-asyik nak minta dengan Larry. Tetapi bukan semua yang dapat diberi oleh Larry… Apa yang beliau ingin sedarkan disini ialah kerana sifat yang terlalu bergantung kepada orang lain seperti bergantung kepada Larry, inilah yang menyebabkan orang lain akan mengambil kesempatan dari kesempaitan hidup dan akan melemahkan politik kaum iban. 

MENURUT PENDAPAT PENGUNDI DI KAWASAN N54 PELAGUS MEREKA MEMUJI STENLY UNJA KERANA BELIAU ANAK JATI PELAGUS YANG SENANG DIDAMPINGI. LARRY PULA SELALU DIPUJI KERANA BANYAK DUIT…!!!!

MEREKA BERKATA :- cukup lah selama 24 tahun kawasan DUN pelagus diwakili oleh bangsa lain walaupun lebih 70% penduduknya kaum iban. Tetapi tiada banyak perubahan dari segi ekonomi… ini lah masanya kita menjadikan anak jati Pelagus menjadi wakil Rakyat kita… HIDUP BN.!!!

No comments:

Post a Comment