Selepas menyaksikan kemenangan 8 kerusi daripada 9 kerusi  DUN  yang dipertandingkan untuk Party Rakyat Sarawak  pada Pilihan Raya Negeri Sarawak  ke 10 yang lepas, Ini telah menunjukan bahawa sokongan kaum Dayak terhadap Barisan National masih kuat menerusi Dayak Base Party iaitu BN-PRS. 
Malah kemenangan di 8 kerusi DUN tersebut menjadikan Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan party yang kedua mendapat kerusi  DUN terbanyak selepas PBB 
Oleh itu untuk menghormati sumbangan PRS terhadap Barisan National maka  Jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang oleh George Chan (SUPP) sebelum ini  harus diberi kepada Dato Sri Dr James Jemut Masing (PRS) memandangkan Geroge Chan telah tewas pada PRN 10 yang lepas, malah parti SUPP yang mewakili kaum Cina di Sarawak telah tewas dengan teruk apabila hanya 2 orang sahaja wakil rakyat kaum cina dari Barisan National yang menang. ( 15 kerusi  yang dipertandingkan untuk Party  SUPP  merupakan majority kaum cina dan calon juga daripada kaum cina ).
Maka dengan itu TIADA SEBAB  kenapa Dato Sri Dr James Jemut Masing tidak boleh menjadi Timbalan Ketua Menteri.?
Untuk menguatkan lagi  KENAPA James Masing mesti menjadi Timbalan Ketua Menteri  ialah kerana  semenjak tahun 1987 iaitu selepas Datuk Sri Dainel Tajem,  kuota Timbalan Ketua Menteri dari Party SNAP iaitu party yang mewakili kaum Dayak tidak pernah di isi sehingga sekarang. ( Datuk Patinggi Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili Party PESAKA ).
KEWUJUD TAN - TIMBALAN KETUA MENTERI DARI DAYAK BASE PARTY.
APABILA PARTY SNAP KEMBALI MENYERTAI BARISAN NATIONAL PADA TAHUN 1976 DATUK DUNSTAN ENDAWIE  TELAH DILANTIK MENJADI TIMBALAN KETUA MENTERI ( mewakili Party SNAP ), Datuk Patinggi Alfred Jabu TIMBALAN KETUA MENTERI (mewakili Parti PESAKA) dan Seorang lagi TIMBALAN KETUA MENTERI ( mewakili  party SUPP). Ketua Menteri ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub bapa saudara kepada Taib Mahmud.
APABILA DATUK DUNSTAN ENDAWIE  TELAH DILANTIK MENJADI Pesuruhjaya Tinggi  Malaysia ke New Zealand Datuk Sri Daniel Tajem telah mengantikan beliau untuk memegang Jawatan Timbalan Ketua Menteri  SEHINGGALAH PERISTIWA Ming Court pada tahun 1987.
SELEPAS PERISTIWA  Ming Court pada tahun 1987 TIMBALAN KETUA MENTERI IALAH TAN SRI DATUK ALFRED JABU (PESAKA ) DAN TAN SRI WONG SOON KAI (SUPP). PADA  Pilihan raya Negeri tahun 1996 WONG SOON KAI  telah tewas dan GEORGE CHAN DILANTIK MENJADI  TIMBALAN KETUA MENTERI yang mewakili Party SUPP.
KUOTA TIMBALAN KETUA MENTERI DARI DAYAK BASE PARTY,
Kuota Timbalan Ketua Menteri dari Dayak Base party tidak dapat di isi semenjak 1987, kerana mungkin sukar untuk Ketua Menteri  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melantik Timbalan Ketua Menteri  dari Party yang mewakili kaum Dayak kerana perpecahan dalam SNAP sehingga menyebabkan penubuhan PBDS, kedua-dua  party SNAP dan PBDS merupakan Dayak Base party.
Krisis dalaman SNAP pula telah menyebabkan  ROS menggantung Pendaftaraan SNAP dan lahirlah SPDP.  Berlaku juga krisis dalam kepimpinan PBDS menyebabkan terkuburnya PBDS dan lahir pula PRS. Diantara SPDP & PRS masing-masing merupakan Dayak Base Party. Pekara ini juga menyukarkan Taib Mahmud untuk melantik Timbalan Ketua Menteri dari Party yang mewakili kaum Dayak.
Keputusan Pilihan raya Negeri  ke 10 yang lepas PASTI AKAN MENYELESAIKAN kemelut yang berlarutan semenjak dari tahun 1987 apabila Dayak Base Party iaitu PRS yang diketuai Presiden Dato Sri Dr James Jemut Masing menjadi party kedua terbanyak mendapat kerusi DUN Sarawak. ( Kalau dibandingkan dengan SPDP semua wakil Rakyat PRS iaitu 14 orang YB ADUN & PARLIMEN adalah dari kaum Dayak iaitu  Iban, Bidayuh dan Orang ULU. Manakala wakil Rakyat dari SPDP pula seramai 10 Orang YB ADUN & PARLIMEN, yang mana terdapat seorang  YB dari kaum Cina dan seorang  YB dari kaum Kedayan/Melayu dan hanya 8 Orang YB dari kaum Dayak.
PADA PANDANGAN Orang Panggau  TIDAK ADA SEBAB KENAPA DATO SRI DR JAMES JEMUT  MASING TIDAK BOLEH MENJADI TIMBALAN KETUA MENTERI??. 
Dengan kebijaksanaan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau  pasti akan membuat keputusan yang terbaik  demi  kebaikan kaum DAYAK dan kemakmuran Negeri Sarawak.




No comments:
Post a Comment