Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 8 May 2011

Pakatan Rakyat “BERCERAI” dengan SNAP


Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) sudah memutuskan hubungan dengan ikatan Kumpulan Pembangkang Pakatan Rakyat kerana menganggap ia hanya sesuatu yang sia-sia.

“Kami tiada lagi dalam Pakatan. Kami telah mengambil haluan sendiri. Kata Setiausaha Agung SNAP Stanley Jugol.

Beliau menegaskan tiada keikhlasan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Party Tindakan Demokratik (DAP), apatah lagi Party Se-Islam Malaysia (PAS ) ekoran ketidaksetujuan SNAP bekompromi kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya lepas.

SNAP dan PKR tidak bertemu buku ekoran keputusan SNAP terus meletakkan calonnya dalam 26 kawasan yang majoritinya pengindi Dayak, manakala PKR bertanding dalam 49 kawasan. Ketidak-sepakatan kedua-dua parti dalam pengagihan kerusi itu telah merenggangkan barisan pembangkang sehingga SNAP tidak lagi dijemput dalam masyuarat Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya Negeri yang lepas SNAP tewas dalam kesemua 26 kawasan yang dipertandingkan. PKR pula menang dalam tiga daripada 49 kerusi yang dipertandingkan.

Pemerhati politik melihat keputusan SNAP itu menghancurkan harapan DAP untuk “Menunggangi” SNAP bagi meraih sokongan pengundi Luar Bandar khasnya pengundi kaum Dayak.

Sebilangan besar pemerhati politik memberitahu keputusan SNAP untuk tidak menganggotai Pakatan Rakyat memang sudah dijangka kerana sejak menyertai Pakatan Rakyat setahun lalu, pengikut SNAP sentiasa mencurigai DAP, PKR dan PAS yang mereka anggap ‘Parti Luar’ sedangkan SNAP adalah Party yang ditubuhkan oleh Orang tempatan dan berpengkalan setempat.

KENYATAAN DIATAS DIPERKUATKAN LAGI OLEH KENYATAAN Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Dr Stephen Rundi dalam Utusan Borneo bertarikh 8/5/2011 yang mengatakan “ SEDAR DIRI DIBULI MUNGKIN PUNCA SNAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT”





No comments:

Post a Comment