Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday 25 June 2011

Sikap penyokong DAP gelar penyokong Bumiputera BN ‘bodoh’ amat dikesali



Kuching : Dr Jerip Susil (BN-Bengoh) kecewa dengan sikap segelintir penyokong DAP yang menggelar penyokong Bumiputera BN sebagai ‘bodoh’ kerana tidak menyokong pembangkang.

Menurut Dr Jerip, kebanyakan daripada Bumiputera yang menyokong BN digelar sebagai ‘bodoh’ bukan sahaja didengar di kedai-kedai kopi malah termasuk di dalam Facebook, blog serta laman Internet.

“Diskriminasi retorik seperti ini adalah tidak bertepatan dengan keharmonian kaum di negeri ini.

“Hanya kerana mereka tidak menyokong DAP atau PKR tidak bermaksud Bumiputera adalah ‘bodoh’. Inilah sikap pembangkang.

“Ketika PKR kalah pada pilihan raya kecil Batang Ai, ketua PAS menggelar masyarakat Iban sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana masih memakai cawat,” katanya dalam ucapan pada Persidangan DUN semalam.

Tambah Dr Jerip, DAP atau pembangkang dilihat bersikap lagak, menganggap diri mereka yang terbaik, paling berani dan paling betul.

Tidak dinafikan segelintir daripada mereka adalah seperti demikian, tetapi ia belum mencukupi untuk menerajui negara.

Tambah Dr Jerip, masyarakat Dayak serta Bumiputera yang lain sentiasa menghargai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Ini kerana katanya, kita telah dilahirkan dan dijaga di bawah kerajaan BN untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang terbaik.

SUMBER : Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment