Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 7 April 2011

DATO SNG (ayah Larry) MENAJA CALON BEBAS


Merujuk kepada Utusan Borneo yang bertarikh 6 hb April 2011 Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Pehin sri Abdul Taib Mahmud dengan yakin mengatakan bahawa Larry Sng sangat setia dengan Barisan National, malah Ketua Menteri begitu yakin bahawa Larry tidak akan bertanding sebagai Calon Bebas di N54 Pelagus
.
Walaubagaimanapun semasa di hari penamaan calon di N54 Pelagus Kesetian Larry Sng terhadap Barisan National akhirnya terlerai apabila Ayah Larry Sng iaitu Dato Sng yang juga merupakan bekas ADUN N54 Pelagus telah menaja Seorang Calon Bebas iaitu En George Lagong untuk menentang Calon Barisan National. George Lagong merupakan bapa saudara (uncle) kepada Larry Sng.

Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kecewa Larry Sng dan ayahnya Dato Sng terhadap pucuk pimpinan tertinggi Barisan National kerana tidak mencalonkan Larry Sng sebagai calon Barisan National. Untuk pengetahuan Larry Sng merupakan penyandang DUN N54 Pelagus. 

MAKA UNTUK MENUNJUKKAN RASA TIDAK PUAS HATI TERHADAP PUCUK PIMPINAN TERTINGGI Barisan National MAKA BELIAU TELAH MENAJA CALON BEBAS UNTUK MENENTANG CALON Barisan National. Sebab lain beliau menentang Calon BN ialah perasaan dendam terhadap Presiden PRS Dato Sri James Jemut Masing.

Semasa di hari Penamaan calon Dato Sng telah bersorak bersama-sama penyukong Calon Bebas dan dengan begitu yakin bahawa calon Bebas tajaan beliau akan dapat menumbangkan Calon Barisan National. 

Malah selepas penamaan calon semua penyukong calon Bebas telah berpusu-pusu menyerbu ke Rumah Banglow kediaman Larry Sng, Ini kerana buat semantara kediaman Larry Sng lah yang menjadi Operation Room calon Bebas. Tindakan penyukong calon bebas yang memenuhi jalan raya dihadapan kediaman tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas.

Menurut sumber dan cakap-cakap penyukong Calon Bebas tersebut, Dato Sng mesti menaja calon bebas untuk menentang calon Barisan National kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan tertinggi Barisan National kerana telah menggugurkan Larry Sng.

APAKAH INI DIKATAKAN KESETIAN TERHADAP BARISAN NATIONAL??????!

1 comment:

  1. Dato SNG pernah menang sebagai pembangkang di DUN pelagus... parti PBDS

    ReplyDelete