Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday 2 December 2011

PARTI SNAP MEMBAYANGKAN MENYERTAI BN??



Dalam kenyataan Presiden SNAP En Edwin Dundang menerusi Utusan Borneo hari ini telah membayangkan bahawa Parti SNAP masih mempunyai semangat Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang lepas ternyata SNAP masih mempunyai semangat BN apabila meleraikan ikatan dan tidak mahu berpakat dengan Pakatan Rakyat.

“SNAP Buka pintu kepada SPDP 5” kata Presiden SNAP. Jelas sekali parti SNAP mencari peluang atau jalan untuk menyertai semula Barisan Nasional, Ini kerana ahli SPDP 5 yang tidak sehaluan dengan Presiden SPDP itu merupakan Yang Berhormat daripada Barisan Nasional. Sekiranya SPDP 5 menyertai SNAP maka besar lah peluang SNAP untuk menyertai semula Barisan Nasional.

Merujuk kepada Datuk Sylvester Entrie ADUN N66 Marudi yang dipecat daripada SPDP, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan dengan tegas mengatakan bahawa mana-mana parti komponen Barisan Nasional Sarawak ( PBB, PRS dan SUPP ) tidak boleh menerima beliau ( Sylvester Entrie ) menyertai mana-mana parti komponen BN.

Untuk meneruskan career politik, Besar kemungkinan bagi Datuk Sylvester Entrie dan rakan-rakan SPDP 5 tersebut akan kembali kepada parti SNAP seterusnya membawa kembali SNAP menyertai Barisan Nasional.

Petikan daripada Utusan Borneo MIRI: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengalu-alukan lima anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang lebih dikenali sebagai SPDP 5 untuk mendaftar menjadi ahli SNAP.
Presidennya, Edwin Dundang Bugak berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada kelima-lima mereka yang terdiri daripada Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansian, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Ngumbang.
“Saya suka gelar mereka ini sebagai ‘Rentap 5’ dan kita sedia menerima mereka kerana SNAP adalah parti berbilang kaum juga. Malah, pintu SNAP adalah terbuka untuk semua,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui semalam.
Turut hadir semalam ialah calon pilihan raya umum negeri yang lalu bagi parti SNAP, Johari Bujang dan Lawrence Cosmos.
Menurut Edwin, SNAP tiada halangan sama sekali untuk menerima Rentap 5 sekiranya mereka berminat untuk menyertai parti terbabit.
Jelas beliau, tiada istilah ‘dendam’ dalam dunia politik memandangkan apa jua boleh berlaku.
“Hari ini kita bermusuhan tetapi esok pula kita boleh menjadi kawan se-mula,” katanya.
Beliau menambah, SNAP membuka pintunya untuk Rentap 5 selepas salah seorang daripada mereka, iaitu Entri dipecat daripada SPDP manakala yang lain dilucutkan jawatan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, minggu lalu.
Ditanya sama ada SNAP mahu kembali ke Barisan Nasional (BN), Edwin menjawab dengan samar-samar mengatakan bahawa SNAP masih ada semangat BN.
“Banyak perkara yang boleh dipertimbangkan, namun secara teknikal, SNAP masih mempunyai semangat BN,” katanya.

YANG MENJADI TANDA TANYA SEKARANG IALAH ADAKAH BARISAN NASIONAL AKAN MENERIMA PARTI SNAP MENYERTAI BN????

SUMBER : Dayakmedia2u



.

No comments:

Post a Comment