Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday, 31 March 2012

SKANDAL RM445 JUTA: ANWAR KEPANASAN!



KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut.

Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu.

Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang.

RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.BLUE BERUAN





.

Wednesday, 7 March 2012

Mong : Saya ada Hak Demokratik

Datuk Mong Dagang
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demo-kratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini.

Berdasarkan hak ini, kata-nya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat ope-rasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.

Menurut beliau, Frusis nya-ta mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai.

“Ia membazirkan wang cukai yang dibayar saya dan semua rakyat Malaysia, apatah lagi pengundi Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mungkin akan marah pada saya sekiranya mengetahui perkara ini.

“Semua orang mempunyai hak demokratik, begitu juga dengan saya, maka saya harus bertindak adil dengan memberikan bantuan kepada golongan OKU yang wajar memperolehi bantuan berbanding Frusis,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian pada sidang media di Dewan Suarah Sri Aman apabila isu Frusis disiarkan secara meluas dalam Internet sejak kebelakangan ini.

Menurut Mong lagi, Frusis pernah mendapat bantuan berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.

Beliau turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011 apabila pendapatan beliau didapati melebihi kadar yang dijangkakan, iaitu mampu berdikari.

Frusis yang mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok.

Justeru, Mong berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya dipilih bukan berkhidmat untuk seorang individu sahaja, tetapi semua rakyat di DUN Bukit Begunan dan negeri Sarawak amnya.

“Saya percaya, terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang kepada timbulnya isu ini demi kepentingan politik mereka, tetapi Frusis tidak sedar dia dipergunakan oleh mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Mong mengakui bahawa surat yang ditujukan kepada Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman itu adalah surat daripadanya.

“Saya tidak menafikan surat itu daripada saya kerana saya bekerja berprinsip, tetapi saya tidak tahu macam mana surat itu boleh diperolehi Frusis dan disiarkan dalam media.

“Perkara itu biarkan pihak berkuasa untuk menyiasat,” ujarnya.

Dalam mempertahankan rekodnya, Mong berkata, beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak dan RM5,000 kepada KUSIA tahun lalu.

Ini bermakna, katanya, beliau tidak sama sekali mengabaikan nasib golongan OKU.

SUMBER : Utusan Borneo

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/07/mong-saya-ada-hak-demokratik/#ixzz1oQT8aRwn

Wednesday, 1 February 2012

Bekas Orang Kuat PKR tubuh Kelab Penyokong UMNO.

                                            Bekas Timbalan AMK En Jaya Ramba
BELIAU MERUPAKAN SEORANG PENULIS TERKENAL. SILA LAYARI BLOG BELIAU. Jayaramba.blogspot.com

MIRI: Salah seorang bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini sedang dalam usaha membantu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini, sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh parti itu (UMNO).

Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jaya Ramba yang telah meletak jawatan secara rasmi dalam parti pembangkang itu pada 5 Januari lalu dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa beliau kini masih belum menyokong mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

Namun di peringkat pusat, Jaya memberitahu beliau telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri, berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat terutama pengundi terhadap parti itu di utara negeri ini.

“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

“Namun saya mengakui ada menerima tawaran daripada parti komponen BN namun belum mempertimbangkannya.

“Bagaimanapun buat masa ini saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri yang dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau memberitahu, sudah mempunyai senarai 3,000 nama untuk menjadi ahli Kelab Penyokong UMNO Miri dan jumlah itu dijangka meningkat apabila kelab berkenaan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Mengenai peletakan jawatannya dalam PKR, Jaya memberitahu, beliau telah hilang kepercayaan terhadap parti itu dan kepimpinannya.

Malah katanya, beliau amat kesal kerana parti itu dan pemimpinnya ‘sangat’ meragui kehadiran beliau dalam parti yang dipergunakan semata-mata sebagai agenda politik pihak-pihak tertentu memperolehi sokongan semata-mata bagi memenangi parti.

“Saya tidak mahu berjuang atas kepentingan seorang pemimpin yang bersalah. Saya tidak mahu berjuang dalam parti yang banyak mengucar-kacirkan ketenteraman negara dan saya tidak mahu menjadikan masyarakat berbilang kaum berpecah-belah,” tambah beliau.

Jaya memberitahu, beliau juga berhasrat untuk membongkar niat jahat dan mengungkaikan strategi kotor parti itu pada pilihan raya akan datang.

“Dengan ini juga saya sanggup membawa ratusan penyokong PKR menyertai parti pemerintah di Sarawak,” katanya.





.

Monday, 23 January 2012

SELANGOR. RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA SEMAKIN BERLELUASA??


Pembangkang kini sedang asyik menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan penyelewengan walaupun kesemua pertuduhan tersebut tidak disusuli dengan bukti kukuh. Serangan bertubi2 ini dilakukan bagi menutup penyelewengan besar2 an yang berlaku melibatkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pada ketika ini.

Perhimpunan Agung UMNO hari ini sekali lagi menyaksikan pendedahan Perwakilan dari Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz yang mengulangi pembongkaran yang diperakui Kerajaan Negeri mengenai jumlah gaji Pengurus Besar PKNS yang dilantik MB tersebut. 
BACA SETERUSNYA : KLIK DISINI





.

Friday, 2 December 2011

PARTI SNAP MEMBAYANGKAN MENYERTAI BN??



Dalam kenyataan Presiden SNAP En Edwin Dundang menerusi Utusan Borneo hari ini telah membayangkan bahawa Parti SNAP masih mempunyai semangat Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang lepas ternyata SNAP masih mempunyai semangat BN apabila meleraikan ikatan dan tidak mahu berpakat dengan Pakatan Rakyat.

“SNAP Buka pintu kepada SPDP 5” kata Presiden SNAP. Jelas sekali parti SNAP mencari peluang atau jalan untuk menyertai semula Barisan Nasional, Ini kerana ahli SPDP 5 yang tidak sehaluan dengan Presiden SPDP itu merupakan Yang Berhormat daripada Barisan Nasional. Sekiranya SPDP 5 menyertai SNAP maka besar lah peluang SNAP untuk menyertai semula Barisan Nasional.

Merujuk kepada Datuk Sylvester Entrie ADUN N66 Marudi yang dipecat daripada SPDP, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan dengan tegas mengatakan bahawa mana-mana parti komponen Barisan Nasional Sarawak ( PBB, PRS dan SUPP ) tidak boleh menerima beliau ( Sylvester Entrie ) menyertai mana-mana parti komponen BN.

Untuk meneruskan career politik, Besar kemungkinan bagi Datuk Sylvester Entrie dan rakan-rakan SPDP 5 tersebut akan kembali kepada parti SNAP seterusnya membawa kembali SNAP menyertai Barisan Nasional.

Petikan daripada Utusan Borneo MIRI: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengalu-alukan lima anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang lebih dikenali sebagai SPDP 5 untuk mendaftar menjadi ahli SNAP.
Presidennya, Edwin Dundang Bugak berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada kelima-lima mereka yang terdiri daripada Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansian, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Ngumbang.
“Saya suka gelar mereka ini sebagai ‘Rentap 5’ dan kita sedia menerima mereka kerana SNAP adalah parti berbilang kaum juga. Malah, pintu SNAP adalah terbuka untuk semua,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui semalam.
Turut hadir semalam ialah calon pilihan raya umum negeri yang lalu bagi parti SNAP, Johari Bujang dan Lawrence Cosmos.
Menurut Edwin, SNAP tiada halangan sama sekali untuk menerima Rentap 5 sekiranya mereka berminat untuk menyertai parti terbabit.
Jelas beliau, tiada istilah ‘dendam’ dalam dunia politik memandangkan apa jua boleh berlaku.
“Hari ini kita bermusuhan tetapi esok pula kita boleh menjadi kawan se-mula,” katanya.
Beliau menambah, SNAP membuka pintunya untuk Rentap 5 selepas salah seorang daripada mereka, iaitu Entri dipecat daripada SPDP manakala yang lain dilucutkan jawatan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, minggu lalu.
Ditanya sama ada SNAP mahu kembali ke Barisan Nasional (BN), Edwin menjawab dengan samar-samar mengatakan bahawa SNAP masih ada semangat BN.
“Banyak perkara yang boleh dipertimbangkan, namun secara teknikal, SNAP masih mempunyai semangat BN,” katanya.

YANG MENJADI TANDA TANYA SEKARANG IALAH ADAKAH BARISAN NASIONAL AKAN MENERIMA PARTI SNAP MENYERTAI BN????

SUMBER : Dayakmedia2u



.

Wednesday, 30 November 2011

"Enam Jahanam" Formula Jahanamkan Negara

BERI SOKONGAN: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) bersalaman dengan Khairy ketika melawat Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Puan Seri Norainee Abdul Rahman (kiri).

Pembangkang sering bangkitkan isu di Timur Tengah untuk hasut rakyat M’sia lakukan revolusi jalanan.

KUALA LUMPUR: Jika dahulu masyarakat terhibur dengan filem ‘Enam Jahanam’ arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kini mereka berdepan dengan ‘Enam Jahanam’ versi pembangkang yang boleh menjahanamkan negara, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Katanya, formula ‘Enam Jahanam’ pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

Filem arahan seniman agung yang ditayangkan pada 1969 itu mengisahkan mengenai enam lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka di sebuah kampung bernama Pekan Saroja.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di sini semalam, Khairy berkata, bagi menjahanamkan demokrasi, pembangkang sering menim-bulkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai ‘Arab Spring’ untuk menghasut rakyat Ma-laysia melakukan revolusi jalanan tetapi hakikatnya Malaysia amat berbeza berban-ding dengan negara bergolak seperti Tunisia, Mesir atau Libya.

“Pembangkang menggunakan isu ini bagi meniupkan api kebencian kepada kerajaan dan pada mereka sistem demokrasi ini tidak wujud di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN),” katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata: “Sudah terang lagi bersuluh, keluar daripada mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu iaitu memastikan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara – halal atau haram. Konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka.”

Ketua Pemuda itu berkata, pembangkang sedang berusaha menjahanamkan sistem pentadbiran dengan yang terbaru mereka mendakwa mahu mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa kerana nisbah mereka dengan penduduk Malaysia tinggi dan membebankan.

“Negara tidak mungkin mengecapi kemakmuran sebegini tanpa sokongan dan usaha gigih sektor awam tetapi jelas ini bukan pertimbangan bagi pihak pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang juga tergamak menjatuhkan maruah negara dan ada pemimpinnya ke luar negara memburukkan-buruk-kan kepimpinan negara.

Ada juga pemimpin DAP yang memperlekehkan Jalur Gemilang  BERITA SETERUSNYA KLIK DISINI.



.

PR Protes undang-undang Perhimpunan Aman sambil MELEPAK!! DI TEBINGAN KUCHING



Majlis Peguam yang mengadakan demontrasi dan kekacauan sempena Ahli-ahli Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang juga diadakan di Kuching bertempat di Bangunan Mahkamah Lama. Namun, perhimpunan yang dianjurkan Persatuan Dayak Iban Sarawak dan ahli-ahli Majlis Peguam (kebanyakannya Ahli-Ahli PKR Sarawak) tidak ketinggalan mengadakan protes yang sama, tetapi tiada sambutan.

Difahamkan hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang melakukan protes aman itu dengan kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli SADIA dan Majlis Peguam yang kebanyakkannya ahli-ahli PKR Sarawak.

Lebih mendukacitakan perhimpunan dan demontrasi yang diadakan itu telah mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 orang datang, tetapi amat mendukacitakan apabila hanya 20 sahaja yang kebanyakannya terdiri daripada penganjur.

Yang pasti perhimpunan aman semalam tidak mendapat sambutan daripada orang ramai malah boleh dikatakan gagal. Sasaran penganjur sebelumnya ialah lebih kurang 1,000 orang, tetapi yang hadir hanya 20 orang.

Kehadiran seramai 20 orang ahli-ahli SADIA dan Majlis Peguam yang membawa beberapa sepanduk dan poster berlegar-legar seperti ‘orang gila’ sambil melaung-laungkan batalkan rang Undang-Undang Perhimpunan Aman. Bagaimanapun, Dewan Rakyat sebulat suara bersetuju dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebelum diluluskan, setiap pemimpin tertinggi parti telah diberikan peluang untuk berhujah dan berbahas. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh kebanyakan Ahli Parlimen termasuk pemimpin Pakatan Pembangkang. Namun, tindakan mereka yang keluar dewan adalah gimik sahaja setelah memberikan hujah berkaitan Perhimpunan Aman 2011. Kononnya, mereka keluar sebagai tidak berpuas hati dan tanda protes.

Perhimpunan pada pagi itu diketuai ADUN Batu Lintang yang juga seorang ahli Majlis Peguam, See Chee How dan dibantu Setiausaha SADIA, Nicholas Mujah.

Manakala, protes dan demontrasi yang dianjurkan Majlis Peguam di Kuala Lumpur di jalan masuk menuju ke Bangunan Parlimen telah mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia. Demontrasi yang dinaungi Majlis Peguam yang merupakan penyokong tegar Pakatan Pembangkang telah menyampaikan memorendum kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen.

 Pemimpin Pembangkang sedang memperingati TUGU Pahlawan Sarawak sambil Melepak di tebingan Kuching. Dah tak ada sambutan MELEPAKLAH!!!!.

Sumber : Wira Kenyalang



.