Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Monday 22 August 2011

Akhbar Indonesia Memohon Maaf Setelah diperdayakan Anwar untuk Memfitnah Rosmah dan Najib




Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita

Berikutnya, bacalah mengenai pendedahan, siapakah dalang yang sebenarnya “mengajar” pihak Kompas.com memfitnah Rosmah dan Najib..., klik sini. 

Sumber : Blog MIK